• banner1.jpg

Find us on Facebook

336182
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
71
123
567
328821
71
22930
336182

Your IP: 3.239.87.20
2024-11-01 22:12

AZOLA TUMBUHAN AKUATIK

AZOLLA (TUMBUHAN AKUATIK)💥
     
   

💥Azolla merupakan sejenis tumbuhan berwarna hijau dari keluarga azollaceae iaitu tumbuhan akuatik yang terapung dipermukaan air. Azolla ini lebih dikenali sebagai Organic Superfood kerana kandungan nutriennya yang sangat tinggi, terutama sekali kandungan protein. Azolla dijadikan sebagai sumber makanan ternakan seperti itik, ikan, ayam, lembu dan lain-lain.Azolla merupakan sejenis tumbuhan berwarna hijau dari keluarga azollaceae iaitu tumbuhan akuatik yang terapung dipermukaan air. Azolla ini lebih dikenali sebagai Organic Superfood kerana kandungan nutriennya yang sangat tinggi, terutama sekali kandungan protein. Azolla dijadikan sebagai sumber makanan ternakan seperti itik, ikan, ayam, lembu dan lain-lain.💥

🍀Kandungan nutrien dan kesannya ke atas pertumbuhan
Azolla adalah sangat kaya dengan protein, asid amino, vitamin (vitamin A, vitamin B12 dan Beta Carotene) dan mineral seperti kalsium, fosforus, kalium, besi, copper, magnesium dan lain-lain. Pada berat kering, ia mengandungi 25 – 35 peratus protein, 10 – 15 peratus mineral dan 7 – 10 peratus asid amino, bahan-bahan bio-aktif dan bio-polimer. Kandungan Karbohidrat dan lemak Azolla adalah sangat rendah. Komposisi nutrien menjadikannya makanan yang sangat sesuai untuk ternakan. Ternakan mudah mencerna Azolla kerana protein yang tinggi dan kandungan lignin rendah.

🍀Cara-cara pembiakan Azolla
Azolla sangat mudah dan cepat untuk membiak. Ia memerlukan baja dan cahaya matahari yang mencukupi dan boleh membiak sekali ganda dalam masa 2 hingga 5 hari.

🍀Anda memerlukan :
✅ Azolla segar sebagai starter.
✅Bekas yang boleh menakung air dengan kedalaman 4 hingga 6 inci.
✅Baja seperti baja organik (tahi ayam, kambing, kompos dan lain-lain)

✅Langkah 1
Sediakan takung yang sesuai dan buat lubang overflow agar air tidak melimpah keluar. Jika menggunakan air paip, biarkan semalaman untuk hilangkan klorin.
✅Langkah 2
Masukan sedikit baja. Disarankan untuk anda menggunakan 3 takung air dan letak kuantiti baja yang berbeza. Dengan ini anda boleh tahu berapa kuantiti yang sesuai melalui perkembangan di 3 takung tersebut.
Anda boleh gunakan baja organik seperti tahi ayam atau kambing. Anda boleh membelinya di mana-mana nursery atau ambil di ladang anda. Jika gunakan yang diambil dari ladang, biarkan dalam semimggu sebelum digunakan.
✅Langkah 3
Masukan Azolla untuk memenuhi tidak lebih dari 50 peratus dari permukaan air. Letak takung ditempat yang ada cahaya matahari yang mencukupi. Dalam masa 3 hingga 5 hari, Azolla akan memenuhi takung tersebut. Kadar pembiakan berbeza mengikut jumlah baja dan cahaya matahari. Anda boleh melihat perbezaan kadar pembiakan mengikut baja yang digunakan. Ini memudahkan untuk anda anggarkan kuantiti baja yamg sesuai.